Breaking News
recent

Suami Saya Tak Curang, Saya Percaya Pada Fizz

Bukan kecil kontroversi yang melanda pasangan suami isteri ini. Bayangkan suaminya dituduh bermain kayu tiga. Terdedah dan tersebar di laman sosial pula tu. Kalau silap langkah pasti ada keputusan berat yang akan dibuat. Bagaimanapun melihat cara Almy Nadia mengawal apa yang berlaku menunjukkan dia adalah seorang isteri yang memiliki tahap kesabaran yang cukup tinggi.

Tidak kisah apa orang luar mahu menggelarkan dirinya, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, beranggapan, sebagai isteri, dia mesti mendengar kata suami, bukan orang luar.

Apa yang membuktikan dia kini cukup percaya dengan Fizz Fairuz adalah sikap lelaki itu sendiri yang cukup bertanggungjawab kepada keluarga kecil mereka.

Bercerita mengenai rahsia hati, Almy tidak menolak pasti sedikit sebanyak dia ada rasa kecewa apabila nama suami dikaitkan dengan kisah panas. “Kalau ikut rasa hati, semuanya juga akan kucar-kacir. Tetapi saya kekal dengan prinsip untuk menimbang perkara ini dengan perasaan paling tenang.

Saya tidak mahu terus melayan perkara yang tidak menguntungkan kami. Kalau mahu teruskan menjadikan perkara ini panjang dan terus bermasalah, memang boleh buat, tetapi saya fikirkan soal maruah orang lain. “Normal sebenarnya sebagai isteri kita akan sakit hati kalau perkara sebegini timbul. Malah sewaktu berbincang dengan suami juga, sukar mahu digambarkan keadaan saya ketika itu. Sebab itu kalau boleh para isteri di luar sana, percayakan suami dahulu bukan orang luar. Dan saya, saya sepenuhnya percaya bahawa suami sendiri,” katanya.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.