Breaking News
recent

Hanez Suraya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam semalam.

Melahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, bayi perempuan itu merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup antara Hanez dan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya dan suami serta keluarga sangat bersyukur di atas kelahiran anak sulung saya ini," kata Hanez ringkas ketika dihubungi Astro Gempak.

Hanez mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Romie Razin pada 14 Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebelum ini, Romie Razin pernah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.